Sunday, October 22, 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/ 2019

Calon SPM 2017 adalah dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/ 2019 mulai 1 Julai 2017. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2017.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI

Sunday, January 29, 2017

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)




PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1). Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.ktif

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh


UNTUK INFO LANJUT KLIK DI SINI  http://www.moe.gov.my/index.php/my/bantuan-pembelajaran/kumpulan-wang-amanah-pelajar-miskin-kwapm

Semakan Tawaran Penempatan Murid Tingkatan 1 Ambilan 2/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017



Sukacita dimaklumkan bahawa (SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 AMBILAN 2/2017 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2017 ) boleh dilakukan bermula (27 Januari 2017) sehingga (12 Februari 2017) di (https://sst1.moe.gov.my/).

Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)


Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi murid Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2017. Nombor Sijil TPSM yang berkuatkuasa bermula 1/1/2017 sehingga 31/12/2017 ialah PTP-P0019330-04-DIR-17.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK LINK DI BAWAH

BERITAAA GEMBIRA!



Berita gembira!



KAD PEDULI SIHAT SELANGOR
Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.
KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat Adun berdekatan...


N24 – SEMENYIH
HAMIDI BIN ABU HASSAN
Pusat Khidmat Komuniti Dun Semenyih
No 13-1 Jalan TPS 1/3,
Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8724 0424
Faks : 03-8724 0324

Thursday, September 22, 2016

TESTIMONI PESERTA KELAS KOMPUTER 2016

Testimoni peserta kelas asas komputer di Pusat Internet Tanjung Sepat. Kepada yang berminat untuk mengikuti Kelas Komputer sila berkunjung ke Pusat Internet Desa Tanjung Sepat bersebelahan dengan Pejabat POS Tanjung Sepat, Selangor. Antara silibus yang akan di ajar adalah:-

1)MICROSOFT WORD 2010
2)MICROSOFT EXCEL 2010
3)MICROSOFT POWER POINT 2010